Tuesday, August 11, 2009

Dosa Paklah 2

1. PRU 11 , BN menang besar. Kemenangan terbesar dalam sejarah BN. Paklah mendakwa itu kemenanganya. Dia lupa diri disebabkan penyokong-penyokong di sekelilingnya yang memberikan maklumat salah kepadanya. Pak Lah tak mahu kemenangan besar dalam pilihanraya itu dikaitkan dengan Dr Mahathir. Di sinilah bermulanya kesilapan besar yang dibuat Pak Lah. Apabila sikap bongkak dan bangga diri itu mula menyelinap di dalam dirinya , maka syaitan menjadi mudah mengawal perlakuannya.





2. Selepas PRU 11 yang gemilang itu , Pak Lah mula menyisihkan imej dan apa jua yang ada kaitan dengan Dr Mahathir. Nasihat dan pendapat dari ahli keluarga dan orang-orang yang rapat dengannya telah menghancurkan politik Pak Lah . Secara halus Dr Mahathir telah dihalang dari apa jua aktiviti UMNO dan juga kerajaan.





3. Pembatalan beberapa projek yang telah dipersetujui di zaman Dr Mahathir membuktikan sikap buruknya itu. Sebagai PM yang berkuasa, dia telah menggunakan pengaruh orang-orang kanannya untuk memberhentikan projek" jambatan bengkok" ke Singapura. Ini telah menimbulkan kemarahan yang amat sangat kepada Dr Mahathir. Pak Lah sebagai PM yang lemah gagal membaca banyak pekara yang tersurat dan tersirat kenapa jambatan itu perlu dibina. Dia lebih mahu menunjukkan keangkuhannya bahawa tiada imej dr Mahathir dalam pemerintahannya. Kesilapan Pak Lah ini sebenarnya meninggalkan kesan yang besar kepada sejarah Malaysia di masa hadapan. Peluang untuk mengajar keangkuhan Singapura dan menyelesaikan banyak isu tertangguh dengan Singapura terbuang begitu saja. Yang pastinya pihak Singapura ketawa besar dengan tindakan Pak Lah itu.



4. Kemenangan besar BN dalam PRU 11 itu menjadikan Pak Lah lebih angkuh dalam mentadbir negara. Ini ditambah pula apabila dia merestui menantunya Khairy Jamaludin untuk pada awalnya bertanding sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO. Di sinilah sebenarnya bermula kejatuhan Pak Lah. Dia mula mencampur adukkan urusan keluarga dalam pentadbiran negara dan parti UMNO. Keputusannya membiarkan menantunya terlibat dalam kepimpinan Pemuda UMNO telah menjadikan Khairy sangat berkuasa. Kelemahan Pak Lah itu telah dieksploitasi oleh menantunya untuk menguatkan pengaruhnya dalam parti dan kerajaan. Ini dapat kita lihat dari perlantikan mereka yang pro Khairy dalam pemerintahan negara dan Pemuda UMNO. Pak Lah seolah-olah hilang pedoman dan pertimbangan politik apabila terbebasnya Anwar dari hukuman penjara yang sepatutnya menjadikan Anwar datuk yang baik apabila dibebaskan.

5. Pak Lah menjadi lebih leka lagi apabila konsep Islam Hadharinya konon diktiraf oleh presiden Amerika , George Bush. Kelemahannya memerintah negara mejadikan ramai di kalangan jemaah menterinya sendiri menjadi mua dan tidak benar-benar memperdulikan kementerian yang mereka terajui. Mereka sangat selesa duduk di kementerian masing-masing kerana tiada siapa yang hendak mempersoalkan apa yang mereka buat dan juga memeriksa kerja-kerja mereka. Maka banyaklah kementerian yang juga leka tidak menjaga kepentingan rakyat. Para menteri juga "honeymoon" macam Pak Lah. Apabila harga barangan keperluan harian naik melambung kerana harga minyak yang tidak dikawal dengan bijak , rakyat mula mempertikaikan usaha kerajaan untuk mengawal dan membantu. Malangnya Kementerian yang dipertanggunjawabkan mengawal harga barang ini turut gagal buat kerja. Menterinya seperti biasa lebih gemar pergi melawat dari satu pasaraya ke satu pasaraya .









.

No comments:

Post a Comment