Tuesday, August 25, 2009

PRK Permatang Pasir - Analisis Singkat

1. BN kalah lagi. Kesilapan memilih calon seperti apa yang berlaku di Kuala Terengganu. Sepatutnya tidak berlaku. Zahid perlu bertanggungjawab .



2. Pendekatan kempen BN yang terlalu lembut perlu diubah. Mana perginya Pemuda UMNO ? Pemuda sepatutnya lebih agresif menangkis isu pembangkang tetapi telah gagal. Inilah masalahnya apabila Pergerakan Pemuda merelakan pergerakan itu dipimpin oleh Khairy Jamaludin. Khairy bukan sahaja gagal befungsi sebagai Ketua Pemuda yang berkesan tetapi sekarang menjadi liabiliti kepada parti UMNO. Ternyata dalam PRK Permatang Pasir ini , Khairy telah gagal. Di kalangan ahli UMNO sendiri , ramai yang membenci Ketua Pemuda ini. Jadi bagaimana nak beri kerjasama ? Terutamanya seperti dalam PRK Permatang Pasir ini.



3. BN perlu bertindak agresif seperti parti pembangkang. Kerja ini mesti dibuat oleh Pemuda UMNO . Agresif tetapi berhemah. Tetapi Pemuda UMNO memerlukan seseorang yang berkaliber dan diterima oleh semua. Nampaknya Khairy tidak memenuhi kriteria ini.



4. Sudah sampai masanya strategi menyerang diamalkan oleh BN dalam kes/isu tertentu. Ini kerana rakyat sekarang ini terutamanya golongan muda sukakan pendekatan cara ini. BN tidak boleh terlalu defensif dalam menanggani sesuatu isu. Parti pembangkang dapat memenangi hati rakyat walaupun apa yang diucapkan itu fitnah semata-mata. Kenapa ini berlaku ?

No comments:

Post a Comment