Tuesday, July 28, 2009

Itulah Dia Nik Aziz Nik Mat

Mungkin sebelum ini ramai yang mencemek muka atau marah-marah apabila Andak komen
mengenai MB kelantan ini. Dia kononnya seorang ulama yang alim lagi mursyid. Masakan dia bercakap bohong apatah lagi memfitnah sesama orang Islam. Tetapi hari ini semuanya terjawap apabila dia mengatakan "Pergi Jahanam Dengan UMNO" bila ditanya oleh pemberita mengenai kerjasama antara kerajaan negeri dan pusat di Kelantan. Dia memperbodohkan dirinya sendiri seolah tidak tahu bahawa kerajaan negeri Kelantan itu diperintah oleh Pas dan kerajaan pusat oleh BN yang ditunjangi oleh UMNO.

Ramai pula di kalangan yang taksub denganya yang mempertahankan sandiwara buat bodohnya itu. Macamlah semua orang tak sekolah . Inilah watak pembelit Nik Aziz yang memualkan dan imejnya sebagai orang alim itu. Memalukan agama Islam. Pelik juga di kalangan penyokong Pas ini ada juga golongan bijak pandai yang terus membisu seribu bahasa akan perlakuan Nik Aziz

Kita tunggulah lagi perlakuan sandiwara buat buat bodoh Nik Aziz ini. Pasti ada kerana pelakonnya masih kuat lagi untuk melalut . Malang umurnya kubur dah kata mari tapi masih hendak menongkat dunia. Itulah dia Nik Aziz yang dah gila kuasa .Ramai yang masih ingat bagaimana dia meminta Dr Mahathir meletak jawatan dulu,tapi bila kena batang hidung sendiri nak pegang jawatan sampai mati.

Seronok juga nak tengok Pas tanpa Nik Aziz satu masa nanti . Kita tengok apa akan jadi apabila parti meletakkan seseorang itu terlalu berkuasa. Tanpa perpaduan sesama parti melayu, Pas akan layu di tangan PKR dan DAP nanti. Inilah yang ramai pengikut-pengikut Pas yang taksub dengan Nik Aziz tak sedar. Pas sekarang ini berdiri bukan di atas kekuatan partinya sendiri. Ia didukong oleh pakatan mereka di dalam pembangkang. Kekuatan Pas dengan sedirinya akan terhakis dan bersedialah kita melihat kejatuhan Pas .

Saturday, July 25, 2009

Celoteh Murai 51 - Nik Aziz Bersandiwara Lagi

1. Apa nak diherankan perlakuan Nik Aziz itu. Semuanya pura-pura demi kepentingan politiknya. Tak nampak langsung keikhlasan . Yang ada cuma salam plastik yang memualkan dari Nik Aziz. Baru beberapa hari dia menolak usaha perpaduan untuk orang melayu yang digerakkan oleh bosnya sendiri. Dia juga menyamakan Umno sebagai komunis. Lupakah kita wahai orang melayu ? Tiba-tiba tunjuk baik nak mempergunakan Mustapa ,bakal MB Kelantan itu.







2. Orang Pas kenyang ,orang Umno pun kenyang kata MSO . Sebenarnya rakyat Kelantan dah lama patut kenyang sekiranya BN memerintah Kelantan. Pas di bawah kuasa Nik Aziz ini sangat mengecewakan disebabkan rakyat Kelantan dimomokan dengan tafsiran agama yang sempit . Nik Aziz telah meletakkan dirinya tak boleh disentuh dari semua segi. Segala kata-katanya tak boleh disanggah dan mesti betul. Kenyataannya ialah selagi Nik Aziz menjadi MB kelantan, selagi itulah Kelantan tidak akan membangun dan maju macam negeri negeri lain.



3. MSO menyalahkan pula Dr Mahathir Mohammad menyebabkan rakyat Kelantan tidak meyokong Umno. Mentornya yang mengamalkan politik menghalalkan cara dan memfitnah sesama Islam itu tidak disebut. Rakyat Kelantan harus sedar bahawa Nik Azizlah yang menjadi penghalang kepada kemajuan yang hendak dibawa BN ke Kelantan. Sebenarnya Nik Aziz sangat takut pembangunan yang dibawa oleh BN ke Kelantan akan menghakis sokongan rakyat kepada Pas. Nik Aziz lebih suka Kelantan berada dalam keadaan yang mundur dan rakyatnya tidak maju minda supaya dia boleh terus menipu.

Friday, July 24, 2009

Dato Nik Aziz Nik Mat 5

1. Seperti yang diduga ,Nik Aziz akan mempertahankan perlakuan Nizar yang membakar dan memegang lilin dalam majlis memperingati kematian setiausaha sulit Adun Dap itu. Jelas, bahawa politik menghalalkan cara menjadi topeng Nik Aziz . Apa apa pekara yang berlaku yang ada kepentingan politik dan peribadinya akan dipertahankan. Tetapi sekiranya berlaku kepada musuh politiknya ,terutama Umno dia akan menyerang dan mengutuk habis-habisan. Ada sahaja alasan yang diciptanya untuk menghalalkan sesuatu perbuatan itu.

2. Alasan dangkal seorang yang diangkat ke taraf Tok Guru bahawa ramai orang Islam membakar lilin semasa sambutan harijadi sangat melucukan. Kanak-kanak pun tahu membezakan yang mana acara agama dan yang mana acara sosial. Nik Aziz jelas hendak membodoh-bodohkan orang melayu dengan penjelasannya itu. Yang menghairankan tak banyak akhbar yang memfokuskan jawapan dangkalnya itu. Ramai mungkin yang cuba menutup kelemahannya atau tak mahu mengecilkan hatinya konon. Tiada teguran dibuat menyebabkan dia semakin berleluasa memesongkan minda orang melayu.

3. Orang melayu tidak boleh berterusan membiarkan perlakuan Nik Aziz ini. Ramai sangat yang sudah meletakkan seolah -olah apa saja yang dibuatnya itu betul. Kononnya title Tok Guru itu menjadikan dia maksum. Sedangkan kita tahu yang maksum itu hanya nabi.

4. Nik Aziz akan terus bersandiwara memesongkan akidah dan minda melayu kerana baginya tiada melayu dalam perjuangan politiknya. Yang ada hanya perjuangan Islam bertopeng.

Tuesday, July 21, 2009

Anak Kampung 2

1. C akap pasal anak kampung, mesti tak lepas dari cerita mandi sungai,mengedik ikan,lastik burung dan juga main main dalam belukar dan semak. Sekarang,pengelaman begitu boleh dikatakan tak ada lagi. Sungai yang dalam airnya kini sudah tohor dan cetek. Anak kampung sekarang tak dapat lagi belajar berenang macam dulu. Tak dapat lagi mudik dari hulu ke hilir menggunakan batang pisang. Tak dapat juga terjun ke dalam sungai dari batang lan `macam "tarzan". Lubuk "tempayan" yang begitu terkenal tempat terjun itu pun dah tak wujud lagi. Masih tergiang-giang lagi di telinga ini mak berpesan " nak mandi sungai jangan sampai pergi lubuk tempayan , ada orang dah mati di situ ". Memang betulpun cakap mak tu. Aku hampir lemas di situ akibat putaran air yang berpusing di dasar sungai. Mungkin umur masih panjang aku terselamat disebabkan ada yang ternampak aku hampir lemas dalam keseronokan mandi manda itu.

2. Bila air sungai menjadi dalam akibat hujan lebat di sebelah hulu maka pesta aktiviti di sungai bagi anak kampung pun bermula. Selain dari mandi sungai aktiviti mengedik (memancing) ikan juga bermula. Semasa air sungai mula naik dan menjadi keruh , ikan akan keluar dari lubuknya untuk mencari makan dan ia begitu lapar sekali. Sungguh seronok menyembat pancing apabila dimakan ikan terutamanya apabila umpan dimakan ikan sembilang.Joran batang buluh yang digunakan akan melentur ke dalam sungai. Ia begitu ganas melarikan umpan ke dalam lubuk. Jika terlambat menyembat seringkali mata pancing tersangkut di celah akar kayu.

3. Dulu, di sungai ada ikan sembilang yang besar lengan tetapi sekarang masih ada juga ikan sembilang tapi saiznya dah menjadi kecil pula. Ikan baung,sebarau dan udang galah juga ada di sungai satu masa dulu ,tapi sekarang ikan jenis itu dah tak ada lagi . Yang banyak ikan seluang dan ikan putih. Ikan yang dipancing akan dicangkuk bahagian mulutnya dengan anak dahan pokok. Jadi ikan itu akan tersusun cantik di anak dahan kayu itu. Siapa yang banyak dapat ikan akan menayangkan ikan dengan menggantungnya di dahan pokok.

4. Melastik burung adalah aktiviti mesti bagi anak kampung satu masa dulu. Bila berjalan dalam belukar,lastik mesti tergantung di leher. Pantang ternampak burung,pasti akan menjadi sasaran batu lastik. Cabang atau kayu lastik itu ada yang diambil dari cabang pokok kayu tetapi bagi yang kreatif sedikit boleh diukir dari kayu pokok limau. Petua anak kampung, apabila kena burung yang dilastik itu, darahnya dilumur pada batang lastik itu . Ini untuk menjadikan lastik itu "mujur" konon. Siapa yang tak kenal dengan adik beradik "ange" dalam hal melastik burung ni . Mereka cukup handal dan hero dalam bidang ini. Ang,Alop, Amin dan Ange entah berapa banyak burung yang maut di tangan mereka. Yang pasti batang lastik aku tak pernah pun dilumur dengan darah burung,pasal tak pernah kena !

Saturday, July 18, 2009

Anak Kampung 1

1. Semasa budak, banyak pekara yang dapat dibuat tetapi hampir mustahil boleh dibuat apabila dah mula tua. Semua orang melalui proses yang menyeronokkan ini. Contohnya memanjat pokok . Tak kira apa tujuannya. Memanjat pokok buah-buahan tentu mempunyai nostalgianya yang tersendiri. Memanjat pokok rambutan , tak sama tekniknya dengan memanjat pokok langsat. Cara memetik buahnya pun tak sama . Tapi,keseronokan makan buah atas pokok rambutan atau manggis yang rendang sambil berbual dengan kawan baik atas pokok masih tergiang lagi.

2. Memanjat pokok pun ada heronya. Memang memanjat pokok ini boleh dikatakan semua anak kampung boleh melakukanya. Ada juga yang tak boleh seperti yang "tongkeng lembut". Siapa tak kenal "mat kelat" apabila bercakap soal panjat pokok. Segala pokok boleh dipanjatnya. Sebut aja pokok apa . No probelm . Jadi, orang kampung yang ada masalah untuk memetik buah-buahan boleh cari "mat kelat". Dia juga panjat pokok kelapa,pokok petai juga pokok kekabu !
"Mat Kelat" adalah raja memanjat pokok di zamanya. Sekarang ,pada usia 45 thn , boleh ke lagi dia baring atas tandan buah kelapa di atas pokok ? Terkenang "mat kelat" panjat pokok kelapa di Pulau Besar Melaka masa berkhemah di sana semasa cuti sekolah.

3. Panjat pokok tanpa digigit kerengga dan semut hampir mustahil. Hampir semua yang pernah memanjat pernah merasa betapa pijarnya sengatan itu. Tapi bagi anak kampung,semua itu adalah pekara biasa. Yang seronoknya dalam leka memetik buah tu, terpegang pula sarang kerengga. Apa lagi serangan kerengga itu akan berlaku begitu pantas sehingga masuk ke dalam seluar. Kena cepat turun dari atas pokok. Biasanya kalau tak tinggi pokoknya terjun terus aje.

4. Pokok biawas liat dahannya . Boleh panjat hingga meliang-liuk dahannya tetapi tak patah. Jangan pokok duku .Nampak macam kukuh lagi dahannya tapi dah dimakan semut. Pernah jatuh panjat pokok duku dalam bulan puasa kerana dahannya patah. Berdebuk , nasib baik bontot jatuh dulu dan tak berapa tinggi. Tapi kenalah juga buka posa kerana terpaksa disuruh minum air.

5. Bila dah jadi nak tua ni, hati tu ada juga nak cuba memanjat pokok , tapi tak boleh. Seronoknya terkenang masa budak dulu panjat pokok biawas depan rumah Pak Berahim sambil menunggu anak Mat Daud pertanian balik dari sekolah agama. Pokok biawas di rumah Mail Mandor memang istimewa kerana isinya merah. Tak jumpa lagi pokok biawas yang isinya begitu.

Monday, July 13, 2009

Dato Nik Aziz Nik Mat 4

1 . Apa sebenarnya percaturan Nik Aziz dalam politik terserlah dalam kes kerajaan perpaduan yang diilhamkan oleh Hadi Awang. Dia sebenarnya lebih rela melayu dihina ,dipinggirkan dan seterusnya diketepikan. Baginya bangsa melayu tidak ada dalam kamus politiknya. Yang ada
kononya hanya perjuangan islam.


2. Tapi apa muslihatnya pula apabila bersekongkol dengan parti kafir yang lain ? Sebenarnya Nik Aziz langsung tidak mengiktiraf Hadi Awang sebagai presiden parti. Apatah lagi pemimpin-pemimpin pas yang lain. Baginya dialah yang sebenarnya berkuasa dalam pas. Jawatannya sebagai Mursyidul Am itu mengatasi jawatan presiden. Sebab itu dalam banyak kenyataan yang dibuatnya dia langsung tidak menghormati presidennya sendiri.


3. Bagi Nik Aziz apa yang penting ialah kuasa untuk memerintah. Kuasa itu pula mesti diperoleh dengan apa cara sekalipun. Walaupun terpaksa memusnahkan melayu melalui Umno. Dia juga mengidamkan jawatan Ketua Umum Agama Malaysia .

4. Orang seperti Nik Aziz ini sangat bahaya kepada orang melayu dan agama islam. Specis sepertinya patut dinyahkan terus dari persada politik Malaysia.