Tuesday, August 25, 2009

PRK Permatang Pasir - Analisis Singkat

1. BN kalah lagi. Kesilapan memilih calon seperti apa yang berlaku di Kuala Terengganu. Sepatutnya tidak berlaku. Zahid perlu bertanggungjawab .



2. Pendekatan kempen BN yang terlalu lembut perlu diubah. Mana perginya Pemuda UMNO ? Pemuda sepatutnya lebih agresif menangkis isu pembangkang tetapi telah gagal. Inilah masalahnya apabila Pergerakan Pemuda merelakan pergerakan itu dipimpin oleh Khairy Jamaludin. Khairy bukan sahaja gagal befungsi sebagai Ketua Pemuda yang berkesan tetapi sekarang menjadi liabiliti kepada parti UMNO. Ternyata dalam PRK Permatang Pasir ini , Khairy telah gagal. Di kalangan ahli UMNO sendiri , ramai yang membenci Ketua Pemuda ini. Jadi bagaimana nak beri kerjasama ? Terutamanya seperti dalam PRK Permatang Pasir ini.



3. BN perlu bertindak agresif seperti parti pembangkang. Kerja ini mesti dibuat oleh Pemuda UMNO . Agresif tetapi berhemah. Tetapi Pemuda UMNO memerlukan seseorang yang berkaliber dan diterima oleh semua. Nampaknya Khairy tidak memenuhi kriteria ini.



4. Sudah sampai masanya strategi menyerang diamalkan oleh BN dalam kes/isu tertentu. Ini kerana rakyat sekarang ini terutamanya golongan muda sukakan pendekatan cara ini. BN tidak boleh terlalu defensif dalam menanggani sesuatu isu. Parti pembangkang dapat memenangi hati rakyat walaupun apa yang diucapkan itu fitnah semata-mata. Kenapa ini berlaku ?

Saturday, August 15, 2009

Dato Nik Aziz Nik Mat 6.

1. Dato Nik Aziz buat lagi. Kali ni dia menghalalkan parti DAP menghina agama Islam. Atas alasan DAP itu bukan Islam. Dan seterusnya mendakwa orang Islam saja yang tak boleh hina Islam. Ni apa benda ni Nik Aziz ?

2. Nampaknya apa saja yang dibuat oleh orang yang ada kepentingan politik dengannya tak salah , hatta menghina agama Islam. Hinanya orang bernama Nik Aziz ini ! Sanggup dia berkata begitu kerana mempertahankan parti DAP !

3. Bagi Nik Aziz apa saja yang dibuat UMNO tak betul dan nampaknya hina. Sebab itu dia lebih rela bersekongkol dengan siapa saja untuk menjatuhkan UMNO hatta berkerjasama dengan syaitan sekali pun. Betapa hinanya UMNO ini di pandangan Nik Aziz .

Tuesday, August 11, 2009

Dosa Paklah 2

1. PRU 11 , BN menang besar. Kemenangan terbesar dalam sejarah BN. Paklah mendakwa itu kemenanganya. Dia lupa diri disebabkan penyokong-penyokong di sekelilingnya yang memberikan maklumat salah kepadanya. Pak Lah tak mahu kemenangan besar dalam pilihanraya itu dikaitkan dengan Dr Mahathir. Di sinilah bermulanya kesilapan besar yang dibuat Pak Lah. Apabila sikap bongkak dan bangga diri itu mula menyelinap di dalam dirinya , maka syaitan menjadi mudah mengawal perlakuannya.





2. Selepas PRU 11 yang gemilang itu , Pak Lah mula menyisihkan imej dan apa jua yang ada kaitan dengan Dr Mahathir. Nasihat dan pendapat dari ahli keluarga dan orang-orang yang rapat dengannya telah menghancurkan politik Pak Lah . Secara halus Dr Mahathir telah dihalang dari apa jua aktiviti UMNO dan juga kerajaan.





3. Pembatalan beberapa projek yang telah dipersetujui di zaman Dr Mahathir membuktikan sikap buruknya itu. Sebagai PM yang berkuasa, dia telah menggunakan pengaruh orang-orang kanannya untuk memberhentikan projek" jambatan bengkok" ke Singapura. Ini telah menimbulkan kemarahan yang amat sangat kepada Dr Mahathir. Pak Lah sebagai PM yang lemah gagal membaca banyak pekara yang tersurat dan tersirat kenapa jambatan itu perlu dibina. Dia lebih mahu menunjukkan keangkuhannya bahawa tiada imej dr Mahathir dalam pemerintahannya. Kesilapan Pak Lah ini sebenarnya meninggalkan kesan yang besar kepada sejarah Malaysia di masa hadapan. Peluang untuk mengajar keangkuhan Singapura dan menyelesaikan banyak isu tertangguh dengan Singapura terbuang begitu saja. Yang pastinya pihak Singapura ketawa besar dengan tindakan Pak Lah itu.



4. Kemenangan besar BN dalam PRU 11 itu menjadikan Pak Lah lebih angkuh dalam mentadbir negara. Ini ditambah pula apabila dia merestui menantunya Khairy Jamaludin untuk pada awalnya bertanding sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO. Di sinilah sebenarnya bermula kejatuhan Pak Lah. Dia mula mencampur adukkan urusan keluarga dalam pentadbiran negara dan parti UMNO. Keputusannya membiarkan menantunya terlibat dalam kepimpinan Pemuda UMNO telah menjadikan Khairy sangat berkuasa. Kelemahan Pak Lah itu telah dieksploitasi oleh menantunya untuk menguatkan pengaruhnya dalam parti dan kerajaan. Ini dapat kita lihat dari perlantikan mereka yang pro Khairy dalam pemerintahan negara dan Pemuda UMNO. Pak Lah seolah-olah hilang pedoman dan pertimbangan politik apabila terbebasnya Anwar dari hukuman penjara yang sepatutnya menjadikan Anwar datuk yang baik apabila dibebaskan.

5. Pak Lah menjadi lebih leka lagi apabila konsep Islam Hadharinya konon diktiraf oleh presiden Amerika , George Bush. Kelemahannya memerintah negara mejadikan ramai di kalangan jemaah menterinya sendiri menjadi mua dan tidak benar-benar memperdulikan kementerian yang mereka terajui. Mereka sangat selesa duduk di kementerian masing-masing kerana tiada siapa yang hendak mempersoalkan apa yang mereka buat dan juga memeriksa kerja-kerja mereka. Maka banyaklah kementerian yang juga leka tidak menjaga kepentingan rakyat. Para menteri juga "honeymoon" macam Pak Lah. Apabila harga barangan keperluan harian naik melambung kerana harga minyak yang tidak dikawal dengan bijak , rakyat mula mempertikaikan usaha kerajaan untuk mengawal dan membantu. Malangnya Kementerian yang dipertanggunjawabkan mengawal harga barang ini turut gagal buat kerja. Menterinya seperti biasa lebih gemar pergi melawat dari satu pasaraya ke satu pasaraya .









.

Thursday, August 6, 2009

Dosa Paklah 1

1. Tun Abdullah Ahmad Badawi telah pun menamatkan penerajuannya sebagai PM ke 5 juga sebagai presiden UMNO. Bagaimanakah beliau patut dikenang ?





2. Tak ada lagi sebutan Islam Hadari , ia hilang bagai ditiup angin. Begitulah lumrah kehidupan. Apabila di puncak kuasa , apa yang kita kata orang ikut . Tetapi apabila telah hilang kuasa , orang dah tak pedulikan kita lagi. Begitulah kedudukan Pak Lah sekarang ini , tetapi tidak pula kepada Tun Mahathir. Semasa Pak Lah di puncak kuasa dulu, Tun Mahathir dihilangkan pengaruh dan popularitinya. Sekarang Tun Mahathir nampak muncul semula di persada politik tanahair tanpa halangan. Dan nampaknya gembira membantu Najib dalam memberi pandangan dalam apa jua bidang yang dirasanya perlu.





3. Tiba-tiba saja Pak Lah mengeluarkan kenyataan supaya Akta ISA wajar dihapuskan walhal semasa berkuasa sebagai PM beliau mempertahankan supaya ISA dikekalkan.





4. Lambatnya tindakan yang diambil terhadap pengganas Hindraf menyebebabkan mereka menjadi mua dan menjadi ikutan pula kepada parti pembangkang. Akhirnya jiwa berdemontrasi subur semula di kalangan mereka yang suka begitu . Inilah peluang untuk DSAI mengeluarkan semula kukunya yang sebelum ini hampir tumpul.





5. Puak pembangkang menjadi berani dan bertukar ganas apabila Pak Lah semakin menunjukkan kelemahannya . Harga minyak yang tidak diselia dengan bijak telah menyebabkan kenaikan harga banyak barangan keperluan tanpa dapat dikawal . Ini ditambah Kementrian Hal Ehwal Pengguna yang begitu lembab dan langsung tidak mesra rakyat . Ini sebenarnya menjadi salah satu punca besar kekalahan BN dalam banyak kawasan Parlimen dan DUN dalam PRU 12 yang lalu. Dalam PRU 12 yang lalu isu kenaikan harga barangan menjadi begitu dominan dan dapat kita lihat dari banyaknya sepanduk dan poster yang menkritik kerajaan mengenai kenaikan harga barangan keperluan harian ini. Begitu juga dalam kempen-kempen pembangkang , isu ini begitu mudah dieksploitasi. Sungguh menghairan bagaimana Menteri yang gagal buat kerja dan menhancurkan reputasi BN dalam PRU 12 itu terpilih sebagai salah seorang Naib Presiden UMNO ! Ada apa-apa ke ?

Monday, August 3, 2009

Satu Malaysia - Apa Dia ?

1 Ramai di kalangan rakyat Malaysia hari ini yang masih kabur mengenai konsep 1 Malaysia yang dicetuskan oleh Dato Seri Najib selepas ditabalkan sebagai Perdana Menteri. Ada yang menyamakannya dengan konsep Malaysian Malaysia yang diperjuangkan oleh DAP. Apa sebenarnya intipati 1 Malaysia itu ?

2. Kementrian Penerangan mesti bertindak pantas memberikan penerangan dan penjelasan kepada rakyat. Ini bagi mengelakkan rakyat dari terus termangu-mangu apabila ditanyakan konsep ini. Penerangan yang menyeluruh mesti dilakukan dengan segera samada melalui media cetak atau elektronik. Kempen penerangan melalui jabatan penerangan negeri dan daerah mesti dibuat.

3. Amat mengecewakan selepas 100 hari Dato Seri Najib mentadbir negara penjelasan mengenai konsep ini masih lagi belum dibuat sepenuhnya. Dato Seri Rais Yatim selaku menteri yang dipertanggungjawabkan di Kementerian Penerangan sepatutnya tidak gagal dalam misi penerangan ini kerana beliau seorang yang sangat berpengalaman dan tahu apa yang hendak dibuatnya. Kempen penerangan ala SEMARAK mungkin sesuai untuk para pemimpin berjumpa dengan rakyat bagi memperjelaskan dasar ini disamping dapat merapatkan hubungan di antara rakyat dengan pemimpin. Penerangan ala SEMARAK ini sebenarnya strategi serampang dua mata kerajaan bagi mendapatkan kembali sokongan rakyat yang telah hilang dalam PRU 12 yang lalu.

4. Baru-baru ini dalam pengagihan saham 1 malaysia , yang diumumkan oleh kerajaan kuota 50% untuk melayu ,30% cina dan 20% india digunakan untuk pengagihan saham itu. Adakah ini menjadi tanda aras bagaimana konsep 1 Malaysia itu ?

5. Apapun kerajaan perlu dengan segera memberikan penjelasan. Umumnya rakyat sememangnya ternanti-nanti untuk melihat negara ini maju ke depan dalam semua bidang. Rakyat berbilang kaum di negara ini sebenarnya rindukan slogan baru untuk mereka hayati. Wawasan 2020 dan Malaysia Boleh begitu kuat di hati rakyat malaysia tak kira apa bangsa dan keturunan pun . Semangat beginilah yang mesti disemai dan dipupuk kepada generasi muda hari ini. 1 Malaysia sebenarnya adalah konsep yang sangat besar yang boleh menyatupadukan rakyat di negara ini. Idea begini hanya akan lahir dari pemimpin agung yang dipilih Allah.

6. Rakyat Malaysia sebenarnya sangat beruntung kerana dikurniakan pemimpin yang bertaraf negarawan dalam jangka masa yang pendek. Dato Seri Najib akan membawa Malaysia ke tahap negara maju menjelang tahun 2020. Beliau sarat dengan idea dan wawasan yang besar untuk negara ini. Amat merugikan sekiranya rakyat Malaysia tidak memberinya peluang untuk berkhidmat kepada negara.

7. 1 Malaysia mesti direalisasikan. Suasana politik yang membimbangkan sekarang ini mesti diperbetulkan. Rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan mahukan negara ini terus maju mesti menolak ura-ura parti pembangkang yang diketuai oleh Dato Seri Anwar Ibrahim untuk mengambil alih pemerintahan negara. Dasar pemerintahan Pakatan Rakyat tidak jelas. Mereka mempunyai fahaman politik yang berbeza. Mereka memperjuangkan pekara-pekara yang sememangnya menjadi teras perjuangan Barisan Nasional. Cuma mereka menjadikan kegagalan dalam sesuatu pekara untuk menghentam pemerintahan kerajaan yang ada sekarang ini. Sedangkan terbukti dalam banyak pekara mereka sangat gagal mentadbir kerajaan negeri Selangor dan Kelantan dengan baik.

8. Rakyat Malaysia , Bersama-samalah Kita Bersatu Menjayakan 1 Malaysia. Semoga bumi Malaysia sentiasa dirahmati Allah dan dijauhi dari mala petaka.