Tuesday, October 13, 2009

PRK Bagan Pinang

1. Di kalangan orang UMNO ramai yang menarik nafas lega kerana akhirnya menang dengan majoriti besar di Bagan Pinang. Pada malam keputusan PRK diumumkan ,mereka saling mengucapkan tahniah sesama mereka. Walaupun memang Bagan Pinang merupakan kubu kuat UMNO , namun kegusaran tetap ada kerana 'badi' PRK yang lalu masih lagi terasa.

2. Kemenangan UMNO ini sebenarnya mempunyai signifikan yang lebih besar lagi kepada masa depan negara Malaysia. Ia sebenarnya satu 'endorsement' rakyat kepada dasar-dasar baru kerajaan di bawah kepimpinan Dato Seri Najib Tun Razak , terutamanya slogan keramat ' satu Malaysia ' nya.

3. Tidak dinafikan faktor-faktor lain yang turut membantu kemenangan bergaya UMNO ini , namun nampak gayanya rakyat mulai faham dan menerima apa yang hendak dilakukan oleh Dato Seri Najib dalam waktu yang mendatang ini. Mungkin agak janggal atau terlalu awal untuk menyatakan bahawa kita bakal akan melihat seorang lagi negarawan ulung akan muncul di Malaysia selepas era Tun Dr Mahathir Mohammad .

4. ' Satu Malaysia ' jika dapat diterjemahkan secepat mungkin akan menjadi igauan buruk kepada parti-parti pembangkang di Malaysia. Rakyat Malaysia sebenarnya ternanti-nanti slogan baru di abad yang serba mencabar ini untuk bersama-sama menjayakan Wawasan 2020 itu. Semangat 'Malaysia Boleh' yang telah berjaya mengangkat martabat negara Malaysia di mata dunia itu akan menguatkan lagi semangat 'Satu Malaysia' .

5. Nampaknya petanda kegagalan komponen parti pembangkang telah dapat ditelanjangkan oleh Tan Sri Isa Samad. Tahniah ! Anwar Ibrahim bolehlah meneruskan mimpi di siang harinya.