Monday, February 15, 2010

Dato Seri Najib - Analisis 1

1. Apabila mengambil alih pemerintahan negara dari Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi ( sekarang Tun ) Dato Seri Najib mengumumkan Konsep 1 Malaysia dengan motonya Rakyat Didahulukan pencapaian diutamakan. Ia menjadi satu tanda permulaan yang sangat menarik untuk dinilai oleh rakyat Malaysia.

2. Rakyat Malaysia sememangnya tertunggu-tunggu satu dasar atau wawasan baru untuk dihayati. Kemunculan 1 Malaysia ibarat satu harapan baru dari Perdana Menteri yang juga baru.

3. Dato Seri Najib terus melangkah kehadapan dengan dasar-dasar untuk memperbaiki pemerintahan negara dengan memperkenalkan indeks mengukur pencapaian Menteri dan Jabatan Kerajaan melalui KPI dan NKRA .Beliau telah melantik seorang menteri bagi menjayakan dasar itu. Kalau PM yang terdahulu dikenali sebagai seorang pentadbir yang baik dan berpengalaman sebelum menjadi PM tetapi tiada dasar pentadbiran diperkenalkan melainkan konsep Islam Hadhari yang tidak pun merangkumi keseluruhan rakyat.Dato Seri Najib awal-awal lagi telah menunjukkan kelebihan dirinya.Beliau menunjukkan teladan yang sangat perlu apabila terus membuat lawatan mengejut di beberapa tempat di Kuala Lumpur sebaik memasukki pejabat Perdana Menteri.

3. Cabaran yang dihadapi Dato Seri Najib bukan sedikit . Selain beliau mendapat ancaman dan tuduhan liar dari parti pembangkang yang ingin menjatuhkannya , beliau juga perlu menguatkan jentera pentadbiran negara dan juga sebagai Presiden UMNO juga mesti menguatkan jentera dan memulihkan imej parti. Awalnya beliau kelihatan keseorangan menongkah arus.
Namun , kepincangan yang ditunjukkan oleh parti pembangkang yang dilihat jelas gagal mentadbir negeri yang dikuasai mereka , telah menonjolkan keupayaan Dato Seri Najib sebagai satu alternatif yang wajar rakyat buat pilihan.

4. Tuduhan pembangkang terhadap Dato Seri Najib terutamanya yang berkaitan dengan pembunuhan warga Mongolia dirancang dengan begitu rapi dan tersusun . Rakyat dihasut dengan memfitnah Dato Seri Najib dan isteri terlibat dengan pembunuhan warga Mongolia itu. Rakyat didorong untuk percaya kerana ianya dirancang oleh kepala konspirator yang begitu bijak. Bermula dengan gambar-gambar Najib yang dipalsukan dan juga cerita-cerita penglibatan Rosmah dalam pembunuhan itu.Rata-rata rakyat di seluruh negara bercakap mengenainya dan ramai yang mempercayainya. Apabila masa berlalu , satu persatu fitnah-fitnah itu terbukti dirancang untuk menjatuhkan Najib.
Sebagai seorang pemimpin yang penuh karisma , Najib nampak tenang dan tidak langsung mengelabah sebaliknya menunjukkan kewibawaannya sebagai seorang pemimpin yang ulung. Sangat berbeza sekali dengan musuh politik yang hendak mengambil jawatannya sebagai PM yang kecundang dan semakin menunjukkan aibnya sendiri. Allah Maha Pengasih Lagi Maha Penyanyang.

1 comment: