Wednesday, August 20, 2014
Monday, February 15, 2010
Dato Seri Najib - Analisis 1
2. Rakyat Malaysia sememangnya tertunggu-tunggu satu dasar atau wawasan baru untuk dihayati. Kemunculan 1 Malaysia ibarat satu harapan baru dari Perdana Menteri yang juga baru.
3. Dato Seri Najib terus melangkah kehadapan dengan dasar-dasar untuk memperbaiki pemerintahan negara dengan memperkenalkan indeks mengukur pencapaian Menteri dan Jabatan Kerajaan melalui KPI dan NKRA .Beliau telah melantik seorang menteri bagi menjayakan dasar itu. Kalau PM yang terdahulu dikenali sebagai seorang pentadbir yang baik dan berpengalaman sebelum menjadi PM tetapi tiada dasar pentadbiran diperkenalkan melainkan konsep Islam Hadhari yang tidak pun merangkumi keseluruhan rakyat.Dato Seri Najib awal-awal lagi telah menunjukkan kelebihan dirinya.Beliau menunjukkan teladan yang sangat perlu apabila terus membuat lawatan mengejut di beberapa tempat di Kuala Lumpur sebaik memasukki pejabat Perdana Menteri.
3. Cabaran yang dihadapi Dato Seri Najib bukan sedikit . Selain beliau mendapat ancaman dan tuduhan liar dari parti pembangkang yang ingin menjatuhkannya , beliau juga perlu menguatkan jentera pentadbiran negara dan juga sebagai Presiden UMNO juga mesti menguatkan jentera dan memulihkan imej parti. Awalnya beliau kelihatan keseorangan menongkah arus.
Namun , kepincangan yang ditunjukkan oleh parti pembangkang yang dilihat jelas gagal mentadbir negeri yang dikuasai mereka , telah menonjolkan keupayaan Dato Seri Najib sebagai satu alternatif yang wajar rakyat buat pilihan.
4. Tuduhan pembangkang terhadap Dato Seri Najib terutamanya yang berkaitan dengan pembunuhan warga Mongolia dirancang dengan begitu rapi dan tersusun . Rakyat dihasut dengan memfitnah Dato Seri Najib dan isteri terlibat dengan pembunuhan warga Mongolia itu. Rakyat didorong untuk percaya kerana ianya dirancang oleh kepala konspirator yang begitu bijak. Bermula dengan gambar-gambar Najib yang dipalsukan dan juga cerita-cerita penglibatan Rosmah dalam pembunuhan itu.Rata-rata rakyat di seluruh negara bercakap mengenainya dan ramai yang mempercayainya. Apabila masa berlalu , satu persatu fitnah-fitnah itu terbukti dirancang untuk menjatuhkan Najib.
Sebagai seorang pemimpin yang penuh karisma , Najib nampak tenang dan tidak langsung mengelabah sebaliknya menunjukkan kewibawaannya sebagai seorang pemimpin yang ulung. Sangat berbeza sekali dengan musuh politik yang hendak mengambil jawatannya sebagai PM yang kecundang dan semakin menunjukkan aibnya sendiri. Allah Maha Pengasih Lagi Maha Penyanyang.
Monday, November 16, 2009
Nik Aziz - Semakin Nyanyuk
2. Topeng ulamak dan orang alim yang dipakai oleh Nik Aziz telah terbuka tanpa disedarinya. Ini semua kuasa tuhan . Nik Aziz sendiri pun nampak terkilan kerana tak dapat ke Mekah. Tapi Allah telah menunjukkan siapa sebenarnya Nik Aziz ini. Maka diharamkan kakinya dari memijak kota suci Mekah.
3. Sesungguhnya peristiwa ini menunjukkan Allah mahu kita sedar dari lamunan penipuan oleh Nik Aziz selama ini. Ia juga merupakan satu peringatan yang jelas dari Allah Subhanuwataala kepada Nik Aziz sendiri.
4. Peringatan ini sangat jelas maksud dan tujuannya. Hentikan mengguna agama Islam
untuk kepentingan politik. Jangan jadikan agama Islam kuda tunggangan untuk mencapai tujuan politik . Amaran ini jelas ditujukan kepada Nik Aziz kerana ramai pengikut yang telah begitu taksub dengannya. Ini diakui sendiri oleh Nik Aziz apabila dia dengan bongkaknya mengatakan bahawa selipar yang dipakainya pun direbut orang kerana nak ambil berkat.
5. Sebagai orang melayu Islam kita wajar bermuhasabah diri di atas peristiwa ini kerana kita tidak mahu nanti bala diturunkan oleh Allah seperti mana di negara lain berlaku di negara Malaysia yang sejahtera ini.Sekarang pun telah ada di kalangan puak PAS yang takbur ini ingin mendoakan negara Malaysia ini ditimpa bencana . Naauzubillah.
Tuesday, October 13, 2009
PRK Bagan Pinang
2. Kemenangan UMNO ini sebenarnya mempunyai signifikan yang lebih besar lagi kepada masa depan negara Malaysia. Ia sebenarnya satu 'endorsement' rakyat kepada dasar-dasar baru kerajaan di bawah kepimpinan Dato Seri Najib Tun Razak , terutamanya slogan keramat ' satu Malaysia ' nya.
3. Tidak dinafikan faktor-faktor lain yang turut membantu kemenangan bergaya UMNO ini , namun nampak gayanya rakyat mulai faham dan menerima apa yang hendak dilakukan oleh Dato Seri Najib dalam waktu yang mendatang ini. Mungkin agak janggal atau terlalu awal untuk menyatakan bahawa kita bakal akan melihat seorang lagi negarawan ulung akan muncul di Malaysia selepas era Tun Dr Mahathir Mohammad .
4. ' Satu Malaysia ' jika dapat diterjemahkan secepat mungkin akan menjadi igauan buruk kepada parti-parti pembangkang di Malaysia. Rakyat Malaysia sebenarnya ternanti-nanti slogan baru di abad yang serba mencabar ini untuk bersama-sama menjayakan Wawasan 2020 itu. Semangat 'Malaysia Boleh' yang telah berjaya mengangkat martabat negara Malaysia di mata dunia itu akan menguatkan lagi semangat 'Satu Malaysia' .
5. Nampaknya petanda kegagalan komponen parti pembangkang telah dapat ditelanjangkan oleh Tan Sri Isa Samad. Tahniah ! Anwar Ibrahim bolehlah meneruskan mimpi di siang harinya.
Tuesday, August 25, 2009
PRK Permatang Pasir - Analisis Singkat
2. Pendekatan kempen BN yang terlalu lembut perlu diubah. Mana perginya Pemuda UMNO ? Pemuda sepatutnya lebih agresif menangkis isu pembangkang tetapi telah gagal. Inilah masalahnya apabila Pergerakan Pemuda merelakan pergerakan itu dipimpin oleh Khairy Jamaludin. Khairy bukan sahaja gagal befungsi sebagai Ketua Pemuda yang berkesan tetapi sekarang menjadi liabiliti kepada parti UMNO. Ternyata dalam PRK Permatang Pasir ini , Khairy telah gagal. Di kalangan ahli UMNO sendiri , ramai yang membenci Ketua Pemuda ini. Jadi bagaimana nak beri kerjasama ? Terutamanya seperti dalam PRK Permatang Pasir ini.
3. BN perlu bertindak agresif seperti parti pembangkang. Kerja ini mesti dibuat oleh Pemuda UMNO . Agresif tetapi berhemah. Tetapi Pemuda UMNO memerlukan seseorang yang berkaliber dan diterima oleh semua. Nampaknya Khairy tidak memenuhi kriteria ini.
4. Sudah sampai masanya strategi menyerang diamalkan oleh BN dalam kes/isu tertentu. Ini kerana rakyat sekarang ini terutamanya golongan muda sukakan pendekatan cara ini. BN tidak boleh terlalu defensif dalam menanggani sesuatu isu. Parti pembangkang dapat memenangi hati rakyat walaupun apa yang diucapkan itu fitnah semata-mata. Kenapa ini berlaku ?
Saturday, August 15, 2009
Dato Nik Aziz Nik Mat 6.
2. Nampaknya apa saja yang dibuat oleh orang yang ada kepentingan politik dengannya tak salah , hatta menghina agama Islam. Hinanya orang bernama Nik Aziz ini ! Sanggup dia berkata begitu kerana mempertahankan parti DAP !
3. Bagi Nik Aziz apa saja yang dibuat UMNO tak betul dan nampaknya hina. Sebab itu dia lebih rela bersekongkol dengan siapa saja untuk menjatuhkan UMNO hatta berkerjasama dengan syaitan sekali pun. Betapa hinanya UMNO ini di pandangan Nik Aziz .
Tuesday, August 11, 2009
Dosa Paklah 2
2. Selepas PRU 11 yang gemilang itu , Pak Lah mula menyisihkan imej dan apa jua yang ada kaitan dengan Dr Mahathir. Nasihat dan pendapat dari ahli keluarga dan orang-orang yang rapat dengannya telah menghancurkan politik Pak Lah . Secara halus Dr Mahathir telah dihalang dari apa jua aktiviti UMNO dan juga kerajaan.
3. Pembatalan beberapa projek yang telah dipersetujui di zaman Dr Mahathir membuktikan sikap buruknya itu. Sebagai PM yang berkuasa, dia telah menggunakan pengaruh orang-orang kanannya untuk memberhentikan projek" jambatan bengkok" ke Singapura. Ini telah menimbulkan kemarahan yang amat sangat kepada Dr Mahathir. Pak Lah sebagai PM yang lemah gagal membaca banyak pekara yang tersurat dan tersirat kenapa jambatan itu perlu dibina. Dia lebih mahu menunjukkan keangkuhannya bahawa tiada imej dr Mahathir dalam pemerintahannya. Kesilapan Pak Lah ini sebenarnya meninggalkan kesan yang besar kepada sejarah Malaysia di masa hadapan. Peluang untuk mengajar keangkuhan Singapura dan menyelesaikan banyak isu tertangguh dengan Singapura terbuang begitu saja. Yang pastinya pihak Singapura ketawa besar dengan tindakan Pak Lah itu.
4. Kemenangan besar BN dalam PRU 11 itu menjadikan Pak Lah lebih angkuh dalam mentadbir negara. Ini ditambah pula apabila dia merestui menantunya Khairy Jamaludin untuk pada awalnya bertanding sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO. Di sinilah sebenarnya bermula kejatuhan Pak Lah. Dia mula mencampur adukkan urusan keluarga dalam pentadbiran negara dan parti UMNO. Keputusannya membiarkan menantunya terlibat dalam kepimpinan Pemuda UMNO telah menjadikan Khairy sangat berkuasa. Kelemahan Pak Lah itu telah dieksploitasi oleh menantunya untuk menguatkan pengaruhnya dalam parti dan kerajaan. Ini dapat kita lihat dari perlantikan mereka yang pro Khairy dalam pemerintahan negara dan Pemuda UMNO. Pak Lah seolah-olah hilang pedoman dan pertimbangan politik apabila terbebasnya Anwar dari hukuman penjara yang sepatutnya menjadikan Anwar datuk yang baik apabila dibebaskan.
5. Pak Lah menjadi lebih leka lagi apabila konsep Islam Hadharinya konon diktiraf oleh presiden Amerika , George Bush. Kelemahannya memerintah negara mejadikan ramai di kalangan jemaah menterinya sendiri menjadi mua dan tidak benar-benar memperdulikan kementerian yang mereka terajui. Mereka sangat selesa duduk di kementerian masing-masing kerana tiada siapa yang hendak mempersoalkan apa yang mereka buat dan juga memeriksa kerja-kerja mereka. Maka banyaklah kementerian yang juga leka tidak menjaga kepentingan rakyat. Para menteri juga "honeymoon" macam Pak Lah. Apabila harga barangan keperluan harian naik melambung kerana harga minyak yang tidak dikawal dengan bijak , rakyat mula mempertikaikan usaha kerajaan untuk mengawal dan membantu. Malangnya Kementerian yang dipertanggunjawabkan mengawal harga barang ini turut gagal buat kerja. Menterinya seperti biasa lebih gemar pergi melawat dari satu pasaraya ke satu pasaraya .
.