1 Ramai di kalangan rakyat Malaysia hari ini yang masih kabur mengenai konsep 1 Malaysia yang dicetuskan oleh Dato Seri Najib selepas ditabalkan sebagai Perdana Menteri. Ada yang menyamakannya dengan konsep Malaysian Malaysia yang diperjuangkan oleh DAP. Apa sebenarnya intipati 1 Malaysia itu ?
2. Kementrian Penerangan mesti bertindak pantas memberikan penerangan dan penjelasan kepada rakyat. Ini bagi mengelakkan rakyat dari terus termangu-mangu apabila ditanyakan konsep ini. Penerangan yang menyeluruh mesti dilakukan dengan segera samada melalui media cetak atau elektronik. Kempen penerangan melalui jabatan penerangan negeri dan daerah mesti dibuat.
3. Amat mengecewakan selepas 100 hari Dato Seri Najib mentadbir negara penjelasan mengenai konsep ini masih lagi belum dibuat sepenuhnya. Dato Seri Rais Yatim selaku menteri yang dipertanggungjawabkan di Kementerian Penerangan sepatutnya tidak gagal dalam misi penerangan ini kerana beliau seorang yang sangat berpengalaman dan tahu apa yang hendak dibuatnya. Kempen penerangan ala SEMARAK mungkin sesuai untuk para pemimpin berjumpa dengan rakyat bagi memperjelaskan dasar ini disamping dapat merapatkan hubungan di antara rakyat dengan pemimpin. Penerangan ala SEMARAK ini sebenarnya strategi serampang dua mata kerajaan bagi mendapatkan kembali sokongan rakyat yang telah hilang dalam PRU 12 yang lalu.
4. Baru-baru ini dalam pengagihan saham 1 malaysia , yang diumumkan oleh kerajaan kuota 50% untuk melayu ,30% cina dan 20% india digunakan untuk pengagihan saham itu. Adakah ini menjadi tanda aras bagaimana konsep 1 Malaysia itu ?
5. Apapun kerajaan perlu dengan segera memberikan penjelasan. Umumnya rakyat sememangnya ternanti-nanti untuk melihat negara ini maju ke depan dalam semua bidang. Rakyat berbilang kaum di negara ini sebenarnya rindukan slogan baru untuk mereka hayati. Wawasan 2020 dan Malaysia Boleh begitu kuat di hati rakyat malaysia tak kira apa bangsa dan keturunan pun . Semangat beginilah yang mesti disemai dan dipupuk kepada generasi muda hari ini. 1 Malaysia sebenarnya adalah konsep yang sangat besar yang boleh menyatupadukan rakyat di negara ini. Idea begini hanya akan lahir dari pemimpin agung yang dipilih Allah.
6. Rakyat Malaysia sebenarnya sangat beruntung kerana dikurniakan pemimpin yang bertaraf negarawan dalam jangka masa yang pendek. Dato Seri Najib akan membawa Malaysia ke tahap negara maju menjelang tahun 2020. Beliau sarat dengan idea dan wawasan yang besar untuk negara ini. Amat merugikan sekiranya rakyat Malaysia tidak memberinya peluang untuk berkhidmat kepada negara.
7. 1 Malaysia mesti direalisasikan. Suasana politik yang membimbangkan sekarang ini mesti diperbetulkan. Rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan mahukan negara ini terus maju mesti menolak ura-ura parti pembangkang yang diketuai oleh Dato Seri Anwar Ibrahim untuk mengambil alih pemerintahan negara. Dasar pemerintahan Pakatan Rakyat tidak jelas. Mereka mempunyai fahaman politik yang berbeza. Mereka memperjuangkan pekara-pekara yang sememangnya menjadi teras perjuangan Barisan Nasional. Cuma mereka menjadikan kegagalan dalam sesuatu pekara untuk menghentam pemerintahan kerajaan yang ada sekarang ini. Sedangkan terbukti dalam banyak pekara mereka sangat gagal mentadbir kerajaan negeri Selangor dan Kelantan dengan baik.
8. Rakyat Malaysia , Bersama-samalah Kita Bersatu Menjayakan 1 Malaysia. Semoga bumi Malaysia sentiasa dirahmati Allah dan dijauhi dari mala petaka.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment