Saturday, July 18, 2009

Anak Kampung 1

1. Semasa budak, banyak pekara yang dapat dibuat tetapi hampir mustahil boleh dibuat apabila dah mula tua. Semua orang melalui proses yang menyeronokkan ini. Contohnya memanjat pokok . Tak kira apa tujuannya. Memanjat pokok buah-buahan tentu mempunyai nostalgianya yang tersendiri. Memanjat pokok rambutan , tak sama tekniknya dengan memanjat pokok langsat. Cara memetik buahnya pun tak sama . Tapi,keseronokan makan buah atas pokok rambutan atau manggis yang rendang sambil berbual dengan kawan baik atas pokok masih tergiang lagi.

2. Memanjat pokok pun ada heronya. Memang memanjat pokok ini boleh dikatakan semua anak kampung boleh melakukanya. Ada juga yang tak boleh seperti yang "tongkeng lembut". Siapa tak kenal "mat kelat" apabila bercakap soal panjat pokok. Segala pokok boleh dipanjatnya. Sebut aja pokok apa . No probelm . Jadi, orang kampung yang ada masalah untuk memetik buah-buahan boleh cari "mat kelat". Dia juga panjat pokok kelapa,pokok petai juga pokok kekabu !
"Mat Kelat" adalah raja memanjat pokok di zamanya. Sekarang ,pada usia 45 thn , boleh ke lagi dia baring atas tandan buah kelapa di atas pokok ? Terkenang "mat kelat" panjat pokok kelapa di Pulau Besar Melaka masa berkhemah di sana semasa cuti sekolah.

3. Panjat pokok tanpa digigit kerengga dan semut hampir mustahil. Hampir semua yang pernah memanjat pernah merasa betapa pijarnya sengatan itu. Tapi bagi anak kampung,semua itu adalah pekara biasa. Yang seronoknya dalam leka memetik buah tu, terpegang pula sarang kerengga. Apa lagi serangan kerengga itu akan berlaku begitu pantas sehingga masuk ke dalam seluar. Kena cepat turun dari atas pokok. Biasanya kalau tak tinggi pokoknya terjun terus aje.

4. Pokok biawas liat dahannya . Boleh panjat hingga meliang-liuk dahannya tetapi tak patah. Jangan pokok duku .Nampak macam kukuh lagi dahannya tapi dah dimakan semut. Pernah jatuh panjat pokok duku dalam bulan puasa kerana dahannya patah. Berdebuk , nasib baik bontot jatuh dulu dan tak berapa tinggi. Tapi kenalah juga buka posa kerana terpaksa disuruh minum air.

5. Bila dah jadi nak tua ni, hati tu ada juga nak cuba memanjat pokok , tapi tak boleh. Seronoknya terkenang masa budak dulu panjat pokok biawas depan rumah Pak Berahim sambil menunggu anak Mat Daud pertanian balik dari sekolah agama. Pokok biawas di rumah Mail Mandor memang istimewa kerana isinya merah. Tak jumpa lagi pokok biawas yang isinya begitu.

2 comments:

  1. baik kau tulis macam ini daripada menjadi BARUA umno .kalau kau manusia yang lupa kerana penuh dengan najis umno yang kau baham ,aku nak ingatkan kau bahawa dalam umno penuh dengan rasuah,hasad dengki,bunuh membunuh politik kawan.ini bukan aku yang kata,tapi jawatankuasa disiplin umno yang kata.mahkamah yang kata.yang tak akan kata hanya makhlok seperti kau saja yang kalau umno mampus kau dah tak tau nak dapat rezeki macam mana lagi.muka kau pun dapat tak ada seri,pasai apa ,kerana menjadi barua politik pada parti yang nak mampus dah

    ReplyDelete
  2. wak ni orang seberang kot. tak ada identiti diri. patut pun dia mudah lupa macam kuncu kuncu dalam pkr dan pas tu. dia lupa bahawa dirinya berada di tempatnya sekarang samada sebagai kakitangan kerajaan atau kerja sendiri atas jasa umno yang dibaruanya. inilah orang yang kufur nikmat tuhan yang akan sentiasa dilahnat hidupnya. kita boleh berlainan pendapat dan juga berlainan parti tapi jangan menunjukkan pula kita tak ada agama. apa bersih sangat ke kuncu kuncu dalam pas,pkr dan dap tu ? rezeki dari allah bukan pun dari parti politik. jadi wak janganlah peduli sangat akan kerja kerja tuhan tu. jadilah seorang melayu islam yang bermaruah,berakhlak ,beriman dan yang penting sekali tak lupa diri. jangan gunakan agama untuk jadi kuda dan jangan juga jadi kuda kpd kit siang dan karpal singh.

    ReplyDelete